f Kaum Wanita Perlu Tahu...!!! Inilah 5 Tanda-tanda Bila Anda Harus Tukar pakaian Dalam Anda Dengan Yang Baru. - KANTOI BERITA
Searching...
Monday 12 October 2015
23:19 1

Kaum Wanita Perlu Tahu...!!! Inilah 5 Tanda-tanda Bila Anda Harus Tukar pakaian Dalam Anda Dengan Yang Baru.


Tidak pasti bila agaknya masa yang sesuai untuk menggantian pakaian dalam anda??? korang pastinya tertanya-tanya dan kebingungan bila pulak nak ganti baru bra & pakaian dalam saya ni??? Ini adalah bebarapa tanda-tanda jelas bahawa sudah tiba masanya untuk membuang pakaian dalam anda dan diggantikan dengan yang baru:

1. Tidak elastik: Kejadian pada getah pakaian dalam anda sudah menjadi longgar terutamanya di bahagian pinggang, rasa semacam je nak jatuh je..so apa reaksi anda..sudah pastinya korang tidak selesa dengan pakaian dalam korang kan. Bra pula, jika anda mendapati bra anda tidak lagi elastik di bahagian belakang atau talinya, sudah tiba masanya untuk menggantikannya dengan yang baru, kerana ia tidak lagi memberi anda sokongan yang betul.

2. Terlalu kecil: Apabila pakaian dalam dibasuh dengan kerap, ia akan mengecut dengan lebih cepat terutamanya jika ia diperbuat daripada kapas. Jika seluar dalam anda terlalu kecil untuk dipakai, anda perlu membeli yang baru untukk mengganntikannya. Saiz payudara anda pula boleh berubah tanpa anda sedari. Bra yang sebelum ini sempurna pada badan anda, mungkin akan menyebabkan anda ada masalah seperti sakit belakang pada masa sekarang. Dan itu adalah salah satu tanda bahawa anda perlu membeli pakaian dalam yang baru.

3. Tidak Selesa: Jika pernah terjadi anda membeli pakaian yang tidak selesa, usah fikir dua kali, jangan memakainya lagi! Terutamanya pakaian dalam yang diperbuat daripada renda. Mencuci pakaian dalam yang berenda boleh menyebabkan ia menjadi kasar dan itu sudah tentu menyebabkan anda tidak selesa memakainya sepanjang hari.

4. Perubahan Bentuk Tubuh: Jika padding atau cup bra anda renyuk atau berubah dari bentuk asal, sudah tiba masanya untuk membeli yang baru. Perlu diingat bahawa cup bra anda harus selaras dengan payudara anda, jika tidak, anda tidak mendapat sokongan yang anda perlukan.

5. Tidak menggantikan pakaian dalam dengan kerap: Jangka hayat pakaian dalam atau bra anda adalah lebih kurang enam bulan sahaja, walaupun ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda seperti di atas. Ia masih dinasihatkan agar anda menggantikan pakaian dalam yang sudah lama. Tetapi berita baik adalah, jika anda sering bertukar-tukar bra anda, anda boleh membuatkannya tahan lebih lama.

Pakaian dalam anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Apa lagi jangan tunggu lama-lama, cepat beli pakaian dalam yang baru ya!!!

1 comments:

  1. Aftershokz trekz titanium - titanium-arts
    Titanium-arts.com how to get titanium white octane is the home titanium quartz of the 바카라 사이트 유니88 free download of the following video clip: titanium scissors Aftershokz titanium easy flux 125 trekz's titanium. This time, the new version is

    ReplyDelete