f Cerita Sebenar Tasha Shilla Mabuk Di Kelab Malam: Han Turut Dedahkan Perangai Bekas Teman Wanitanya Yang Menyedihkan. - KANTOI BERITA
Searching...
Wednesday 7 October 2015
00:23 0

Cerita Sebenar Tasha Shilla Mabuk Di Kelab Malam: Han Turut Dedahkan Perangai Bekas Teman Wanitanya Yang Menyedihkan.


Tidak tahan lagi dengan sikap Tasha Shilla, ahli muay thai iaitu Han Wong mahu mendedahkan insiden serangan bekas kekasihnya itu di dalam kelab malam termasuklah pendedahan rakaman video.

Han, 25, ketika dihubungi mStar Online berkata, setakat ini sudah pun mengumpul beberapa bahan bukti dan rakaman kamera litar tertutup (CCYV) di pusat hiburan berkenan untuk siasatan pihak polis.

"Saya ada semua bukti berhubung insiden berkenaan dan selepas semua siasatan dilakukan saya sendiri akan dedahkan dalam laman sosial Instagram milik saya tentang kejadian tersebut.

"Saya tidak berbohong malah ramai orang yang melihat kejadian itu termasuk beberapa rakan artis yang lain turut berada di kelab malam.

"Tujuan saya bukan untuk memburukkan Tasha tetapi saya ingin mencari keadilan kerana saya tidak bersalah dalam hal tersebut,"katanya.

Tambahannya lagi, dia sudah membuat laporan kedua di sebuah balai polis pada petang Jumaat selain menyerahkan beberapa bahan bukti kepada pihak berkuasa bagi membolehkan mereka melakukan siasatan termasuk bukti rakaman CCTV di kelab malam.

Dalam pada itu, Han berkata, dia terkejut dengan tindakan Tasha di kelab itu memandangkan mereka tidak pernah bertemu sejak berpisah tiga bulan lalu.

Kata Han, sekiranya ada sebarang rasa tidak puas hati terhadapnya. Tasha boleh bersemuka dengannya secara peribadi dan bukannya menimbulkan kekecohan.

"Saya tidak tahu apa motif dia kerana kami sudah tidak berjumpa tetapi setiap masalah boleh berbincang secara baik dan bukannya mencetuskan masalah,:ujurnya.

Ditanya mengenai hubungan sebenar dia dengan wanita dikenali sebagai Cermen, Han mengakui wanita berkenaan adalah kekasihnya dan dia tidak bersalah hal tersebut.

"Saya kasihan kepada Cermen kerana dia tidak bersalah tetapi turut diserang pada kejadian itu,"katanya.

Sementara itu, menceritakan mengenai kejadian berkenaan, Han berkata, dia terserempak dengan Tasha di kelab berkenn yang terletak di Jalan Tun Razak dekat sini sebelum mendekatinya untuk bersalaman.

Bagaimanapun kata Han, salam yang dihulurkan tidak diendahkan Tasha sebelum dia mengambil keputusan untuk kembali ke mejanya.

"Benar kami sudah putus cinta tetapi saya langsung tidak berdendam dan tujuan saya menyapanya hanya sebagai seorang rakan tambahan pula kami sudah lama tidak berjumpa.

"Biarpun saya terkejut dengan sikapnya yang dingin tetapi saya tetap bertanya khabar sebelum berlalu pergi," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Han tidak menafikan Taasha disimbah air oleh rakan-rakannya tetapi tindakan itu dilakukan selepas wanita berkenaan menampar dan menyimbah air ke muka salah seorang temannya.

"Dia tiba-tiba datang ke meja dan serang teman wanita saya sebelum dua kawan lelaki saya cuba menenngkan Tasha. Namun dia pula bertindak menampar muka salah seorang kawan saya.

"Rakan-rakan lain yang berng dengan perbuataan itu lalu menyimbah kembali air ke muka Tasha sebelum pengawl kelab datang menghalau Tasha keluar dari tempat berkenan." katanya lagi.

Ketika hendak pulang kata Han, dia terkejut keretanya telah dirosakkan oleh hampir 20 orang lelki yang tidak dikenali tetapi dipercayaai ada kaitan dengan Tasha.

"Semasa di tempat letak kereta kira-kira pukul 4 pagi itu, ibu dan bapa Tasha serta adiknya turut ada bersama mempersoalkan kejadian Tasha disimbah air,"katanya.

Sebelum ini hubungan Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheilla Abd Razak, 28, dan Han sudahpun goyang selepas dipercayaai terdapat pihak yang cuba menganggu hubungan mereka itu.

0 comments:

Post a Comment